Berita Terkini Public Mutual

Rabu

Renungan - Cabaran Kehidupan

Hidup ini memang penuh cabarannya. Kerana cabaran itu jugalah kita belajar sesuatu yang berharga dan mula menghargai apa yang ada di sekeliling kita. Kesihatan sebenarnya satu anugerah yang tidak ternilai daripada Allah. Tetapi kesibukan dan kelekaan membuatkan kita terlupa akan aset berharga ini.

     Awal tahun ini, saya terkedu apabila diberitahu tentang ketumbuhan (cyst) pada rahim saya. Pembedahan adalah antara cara untuk mengeluarkannya. Selepas pembedahan pula risiko untuk cyst ini tumbuh semula sangat tinggi. Di benak saya terbayang pelbagai perkara: kanser, kos pembedahan dan apa kesannya pada hidup saya nanti. Pening seketika. 

    Nasib baik kesedaran saya pada keperluan insuran ada. Jadi kos pembedahan bukanlah suatu bebanan yang perlu difikirkan sangat. Sekali lagi saya bersyukur atas kesedaran yang Allah timbulkan. Menurut doktor, penyakit ini masih menjadi misteri: bagaimana berlaku dan penawarnya. Maknanya tiada ubat yang dapat menghalang pembiakannya. Saya hanya pasrah.

     Namun pengajarannya, saya belajar menjaga kesihatan diri. Bukannya saya tidak peduli langsung kesihatan diri saya sebelum ini. Tetapi apa yang saya amalkan masih belum cukup baik untuk kesihatan diri. Saya buang jauh-jauh gaya hidup stress. Saya mahu menikmati hidup dengan lebih baik. Selebihnya, saya menganggap ini adalah antara amaran daripada Allah bahawa usia kita semakin hampir ke penghujungnya. Syukur kerana saya antara yang bertuah menerima amaran ini.

Pelanggan Yang Gembira


Saya amat suka menyertai "roadshow". Pada saya, inilah peluangnya untuk bertemu lebih ramai prospek yang berpotensi. Hakikatnya masih banyak prospek di luar sana yang belum mengetahui pelaburan yang dapat membantu mereka menjana pendapatan secara pasif. Jadi inilah masanya untuk kami berkongsi ilmu dan membantu prospek mencari cara terbaik menjana pendapatan pasif. Ternyata usaha tanpa jemu ini memang membuahkan hasil yang baik.

     Saya bertemu dengan seorang prospek yang sudah pun membuat pelaburan. Beliau sangat gembira dengan dividen yang diperolehnya melalui dua dana yang dipilih. Hmmm... agak banyak juga dividennya, hampir mencecah RM3000. Pelaburannya pula tidak sampai setahun lagi. Malah katanya dia memang mengesyorkan rakan-rakannya supaya mengambil inisiatif untuk melabur. Tambahan pula, mereka tidak perlu mengeluarkan duit secara tunai. Gunakan sahaja tabung pekerja yang sedia ada.  

     Mendengar ceritanya membuatkan hati saya lega. Satu penghargaan rasanya kepada para konsultan pelaburan. Berbaloi menceburkan diri dalam kerjaya yang memang mencabar ini. Keyakinan saya untuk membantu lebih ramai prospek untuk melabur semakin berkobar-kobar.


Seronoknya Kerjaya Konsultan Pelaburan


      Alhamdulillah hari ini saya berjaya "closed" satu kes lagi. Dengan prospek ini, saya bersyukur kerana saya tidak perlu memberi huraian yang panjang lebar tentang pelaburan. Prospek saya sudah memahaminya apabila membaca maklumat pada brochure yang saya berikan semasa berjumpa beliau di Ampang Park. Buat janji temu dengan beliau pun cukup mudah. Alhamdulillah.


      Kerjaya sebagai konsultan pelaburan memang mencabar; pada masa yang sama menyeronokkan. Bertemu prospek yang sangat baik terasa bertuahnya badan. Hm... ada juga prospek yang cerewet, sampai pening kita dibuatnya. Sebenarnya prospek yang cerewet ini mengajar kita supaya sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan. Kepada mereka yang baru berjinak dalam dunia kerjaya ini, kuatkan hati menerima cabaran yang ada.



Selasa

Kemusykilan Yang Membunuh

Beberapa bulan ini saya giat membuka kaunter promosi di beberapa tempat. Saya menemui ramai prospek yang berminat untuk melabur. Malah ada yang tidak memerlukan saya memberi penjelasan panjang lebar ataupun membuat janji temu kedua. Mereka meminta borang untuk diisi kerana selama ini memang mereka tercari-cari konsultant yang dapat menguruskan pelaburan mereka menggunakan wang simpanan pekerja.

     Bermacam-macam prospek yang saya temui dan pelbagai soalan serta keraguan yang pernah saya jelaskan. Di sebalik ramai prospek yang minat melabur, masih ramai lagi prospek di luar sana yang belum mendapat infomasi sebenar tentang pelaburan. Saya berasa sangat bertuah kerana berupaya untuk keluar dan bersedia pergi kepada mereka untuk membuka ruang supaya mereka turut bersama menjana pendapatan pasif melalui pelaburan.     

     Ada juga yang sudah mengetahui kebaikan melabur tetapi masih belum terbuka hati untuk memulakan langkah melabur. Saya pasti ada kemusykilan yang masih menyelubungi mereka. Cubalah luahkan apa sahaja kemusykilan yang ada. Cari jawapan. Bukan apa, takut-takut kerana keraguan dan kemusykilan yang tidak diluahkan boleh membunuh peluang meraih keuntungan yang besar dalam pelaburan. Pelaburan berkait rapat dengan masa. Semakin banyak masa dibazirkan semakin banyak juga ringgit yang terbang begitu sahaja. Alangkah ruginya!!!

Isnin

Keputusan Bijak

Kisah benar ini saya petik daripada antara kisah yang diceritakan oleh pengurus cawangan ketika saya menghadiri latihan peningkatan diri. Kisah ini saya kongsi supaya kita dapat memahami bahawa keputusan yang kita buat pada hari ini mempunyai kesan yang besar pada masa depan.

     Wanita ini yang saya gelar Puan Siti (bukan nama sebenar) bekerja di sebuah syarikat swasta dengan pendapatan yang tidak seberapa. Natijahnya, tugas seorang konsultant adalah  untuk membantu individu lain meningkatkan keupayaan kewangan mereka supaya semakin bertambah. Memahami kesulitan yang bakal dialami oleh Puan Siti pada masa akan datang sekiranya beliau tidak berbuat apa-apa telah memberi dorongan kepada konsultant tadi untuk membantunya.

    Beliau mencadangkan kepada Puan Siti supaya membuat simpanan melalui potongan gaji sebanyak RM100 setiap bulan. Bukan mudah untuk Puan Siti bersetuju dengan cadangan tersebut, ditambah lagi dengan pendapatannya yang tidak banyak. Namun akhirnya, Puan Siti bersetuju membuat potongan RM100 ke dalam tabung pelaburannya.

     Potongan pelaburan dibuat berterusan. Selang beberapa tahun, anak lelaki Puan Siti berjaya diterima masuk ke sebuah universiti tempatan. Gembira kepalang si ibu dengan kejayaan anaknya. Namun terkedu seketika apabila memikirkan wang yang mesti dikeluarkannya supaya si anak dapat menjejakkan kaki ke universiti. 

     Puan Siti teringat akan wang simpanan yang dibuatnya melalui potongan gaji beberapa tahun lepas. Dengan penuh harapan siibu melangkah ke kaunter perkhidmatan pelanggan untuk mengetahui jumlah duit yang sudah disimpannya. Menurut pegawai bertugas jumlah simpanannya hanyalah RM8,000 sahaja. Setelah ditambah pengagihan yang diperoleh dan perbezaan harga, jumlah sebenar wangnya ialah RM19,000. Alangkah gembiranya hati Puan Siti kerana potongan wang yang bernilai RM100 sebulan itu telah memberi pulangan yang besar kepadanya. Keputusan bijak yang dibuatnya dulu kini membuahkan hasil. Paling penting dengan duit itu, impian anak kesayangannya melangkahkan kaki ke universiti terlaksana.

Sebagai renungan, walaupun jumlah simpanan kita agak kecil nilainya namun jika dilaburkan di tempat yang sesuai dan diberi masa untuk berkembang sudah pasti jumlah yang sedikit tadi akan bertambah besar.  Fikirkanlah, RM100 boleh kita habiskan dalam masa sejam sahaja dengan membeli benda lain. Jumlah  kecil tetapi jika dilaburkan, hasilnya akan kita tuai 10 tahun dari sekarang. Bukankah indah jika 10 tahun dari sekarang kita sudah pun mempunyai aset RM30,000 yang kita jana secara pasif. Bukankah itu BIJAK namanya!

Rabu

 Tabung Pesaraan


     Tidak kira anda siapa dan apa pun pekerjaan anda, semua orang memerlukan tabung pesaraan untuk menyara kehidupan apabila usia kita semakin meningkat.

     Bagi golongan makan gaji sudah tentu berjaya menyisipkan 10% atau 11% daripada pendapatan mereka ke dalam tabung simpanan pekerja (ditambah lagi dengan sumbangan majikan). Jadi sudah tentulah mereka mempunyai sekurang-kurangnya sedikit simpanan pesaraan. Begitu juga yang memilih bersara dengan berpencan.


Bagaimana pula mereka yang bekerja sendiri?


     Mereka ini juga amat memerlukan tabung pesaraan. Maka, dengan simpanan yang ada tidak perlulah mereka bekerja lagi kerana kudrat yang ada sudah tidak mengizinkan. Tanpa peraturan yang mewajibkan mereka menyimpan wang terpulanglah kepada golongan ini untuk mendisiplinkan diri agar sentiasa membuat simpanan. 


Mengapa tidak memilih pelaburan sebagai cara menggandakan tabung pesaraan anda? Pelaburan awal dan caruman bulanan yang rendah, namun pulangan yang diterima Insya Allah berbaloi. Manfaatkan masa muda kita dengan bekerja keras di samping menyimpan 10% daripada pendapatan ke dalam akaun pelaburan. Apabila anda bersara nanti, saya yakin anda bersara dengan rasa lega dan lapang dada kerana  keputusan anda untuk melabur pada zaman muda anda membuahkan hasil.











Halal ke Pelaburan ini?

     Isnin lalu, saya membuka kaunter promosi di sebuah bangunan pejabat. Sambutannya agak hebat walaupun saya diberitahu bahawa sudah banyak konsultant yang pernah membuka kaunter di situ. Saya bertemu dengan seorang prospek dan mencadangkan supaya beliau memanfaatkan wang simpanan pekerjanya. Mulanya, beliau agak keberatan. Setelah bertanya lebih lanjut, barulah saya tahu bahawa dia mempunyai keraguan tentang status halal pelaburan ini. 

     Beliau langsung tidak mengetahui ada pelaburan yang bersifat patuh Syariah dan halal. Maklumlah konsultant yang pernah menemuinya tidak pernah menyentuh status pelaburan ini menurut pandangan Syariah. Saya terangkan tentang pelaburan yang bersifat Syariah dan tunjukkan senarai penasihat Syariah yang ada. Malah, saya tunjukkan laporan interim yang mencatatkan senarai syarikat dan industri di mana wang pelabur dilaburkan.

     Syukurlah penerangan saya telah berjaya menjawab segala keraguannya. 20 minit kemudian, beliau dengan rela hati "sign up" untuk melabur. Lagi best, beliau berhasrat juga untuk menjadi konsultant. Mudah-mudahan...Amin