Berita Terkini Public Mutual

Rabu

Pelanggan Yang Gembira


Saya amat suka menyertai "roadshow". Pada saya, inilah peluangnya untuk bertemu lebih ramai prospek yang berpotensi. Hakikatnya masih banyak prospek di luar sana yang belum mengetahui pelaburan yang dapat membantu mereka menjana pendapatan secara pasif. Jadi inilah masanya untuk kami berkongsi ilmu dan membantu prospek mencari cara terbaik menjana pendapatan pasif. Ternyata usaha tanpa jemu ini memang membuahkan hasil yang baik.

     Saya bertemu dengan seorang prospek yang sudah pun membuat pelaburan. Beliau sangat gembira dengan dividen yang diperolehnya melalui dua dana yang dipilih. Hmmm... agak banyak juga dividennya, hampir mencecah RM3000. Pelaburannya pula tidak sampai setahun lagi. Malah katanya dia memang mengesyorkan rakan-rakannya supaya mengambil inisiatif untuk melabur. Tambahan pula, mereka tidak perlu mengeluarkan duit secara tunai. Gunakan sahaja tabung pekerja yang sedia ada.  

     Mendengar ceritanya membuatkan hati saya lega. Satu penghargaan rasanya kepada para konsultan pelaburan. Berbaloi menceburkan diri dalam kerjaya yang memang mencabar ini. Keyakinan saya untuk membantu lebih ramai prospek untuk melabur semakin berkobar-kobar.