Kisah benar ini saya petik daripada antara kisah yang diceritakan oleh pengurus cawangan ketika saya menghadiri latihan peningkatan diri. Kisah ini saya kongsi supaya kita dapat memahami bahawa keputusan yang kita buat pada hari ini mempunyai kesan yang besar pada masa depan.
Wanita ini yang saya gelar Puan Siti (bukan nama sebenar) bekerja di sebuah syarikat swasta dengan pendapatan yang tidak seberapa. Natijahnya, tugas seorang konsultant adalah untuk membantu individu lain meningkatkan keupayaan kewangan mereka supaya semakin bertambah. Memahami kesulitan yang bakal dialami oleh Puan Siti pada masa akan datang sekiranya beliau tidak berbuat apa-apa telah memberi dorongan kepada konsultant tadi untuk membantunya.

Potongan pelaburan dibuat berterusan. Selang beberapa tahun, anak lelaki Puan Siti berjaya diterima masuk ke sebuah universiti tempatan. Gembira kepalang si ibu dengan kejayaan anaknya. Namun terkedu seketika apabila memikirkan wang yang mesti dikeluarkannya supaya si anak dapat menjejakkan kaki ke universiti.

Sebagai renungan, walaupun jumlah simpanan kita agak kecil nilainya namun jika dilaburkan di tempat yang sesuai dan diberi masa untuk berkembang sudah pasti jumlah yang sedikit tadi akan bertambah besar. Fikirkanlah, RM100 boleh kita habiskan dalam masa sejam sahaja dengan membeli benda lain. Jumlah kecil tetapi jika dilaburkan, hasilnya akan kita tuai 10 tahun dari sekarang. Bukankah indah jika 10 tahun dari sekarang kita sudah pun mempunyai aset RM30,000 yang kita jana secara pasif. Bukankah itu BIJAK namanya!