Kisah Si Tempayan Retak
Cerita ini telah membuka pintu kesedaran kepada diri saya. kebanyakan daripada kita terlalu memikirkan kekurangan diri dan menjadikan itu alasan untuk tidak berbuat apa-apa. Tetapi kita lupa bahawa kekurangan juga satu anugerah jika kita mahu melihat dan memanfaatkannya.

Seorang tukang air memiliki dua buah tempayan besar, masing-masing bergantung pada hujung sebatang kayu yang digandar pada bahunya. Satu daripada tempayan itu retak, sedangkan sebuah tempayan lagi dalam keadaan baik. Tempayan ini selalu dapat membawa air penuh, walaupun melalui perjalanan yang panjang dari mata air ke rumah majikannya. Tempayan retak itu hanya dapat membawa air setengah penuh.
Hal ini berlaku selama dua tahun. Si tukang air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Si tempayan berasa sangat bangga akan prestasinya kerana dapat menunaikan tugas dengan sempurna. Si tempayan retak pula berasa sangat malu akan ketidaksempurnaannya dan berasa sedih kerana hanya dapat memberikan setengah daripada bahagian yang seharusnya dapat diberikan.
Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, tempayan retak berkata kepada
si tukang air, “Saya sungguh malu kepada diri saya sendiri dan saya mohon maaf yang sebesar-besarnya”. “Mengapa?” tanya si tukang air. “Mengapa kamu berasa malu?” “Saya hanya mampu, selama dua tahun ini, membawa setengah bahagian air daripada yang seharusnya dapat saya bawa. Adanya retakan pada sisi saya telah membuat air yang saya bawa tiris di sepanjang jalan menuju ke rumah majikan kita. Kecacatan itu telah membuatmu rugi.”

Si tukang air berasa kasihan kepada si tempayan retak. Kerana kasihannya, dia menjawab,”Dalam perjalanan kembali ke rumah majikan esok, aku ingin kamu memperhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan.” Tuhan sanggup memanfaatkan kelemahan kita untuk maksud yang indah.
Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memperhatikan dan baru menyedari bahwa ada bunga-bunga indah di sepanjang sisi jalan. Keadaan itu membuatnya sedikit terhibur.
Namun pada akhir perjalanan, si tempayan retak kembali berasa sedih karena separuh air yang dibawanya telah bocor. Sekali lagi si tempayan retak meminta maaf kepada si tukang air atas kegagalannya.
Si tukang air berkata kepada tempayan itu, “Apakah kamu tidak memerhatikan adanya bunga-bunga di sepanjang jalan di sisimu tapi tidak ada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan lain yang tidak retak itu? Itu kerana aku menyedari akan cacatmu dan aku memanfaatkannya. Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air, kamu mengairi benih-benih itu. Selama dua tahun ini, aku telah dapat memetik bunga-bunga indah itu untuk menghiasi meja majikan kita. Tanpa adanya kamu, majikan kita tidak akan dapat menghiasi rumahnya seindah sekarang.”
Moralnya : Setiap orang memiliki cacat dan kelemahan sendiri. Kita semua adalah tempayan retak, namun jika kita mahu, Tuhan akan menggunakan kekurangan kita untuk tujuan tertentu. Di mata Tuhan yang bijaksana, tidak ada yang sia-sia. Jangan takut akan kekurangan pada diri kita. Kenalilah kelemahan kita dan kita dapat menjadi saranan keindahan Tuhan. Ketahuilah dalam kelemahan kita, kita boleh menemukan kekuatan kita jika kita mahu menemukannya. Bukalah pintu hati kita.....